Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Kemaskini Pada: 18 Nov 2017
Versi 8.0.2c
SetiausahaSetiausaha

Kata-Kata Aluan Tuan Setiausaha

Salam sejahtera dan selamat datang ke Laman Web Majlis Daerah Lawas. Dengan kesempatan ini, saya bagi pihak Majlis Daerah Lawas mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas sokongan dan dorongan pihak Kerajaan Negeri Sarawak, Kementerian Alam Sekitar dan individu tertentu dalam menjayakan program pembangunan Laman Web Majlis , disamping memberi ruang kepada Majlis ini untuk mengetengahkan aktiviti-aktiviti dan program-program yang sedang rancak dilaksanakan seiring dengan pembangunan semasa.

Dengan adanya Laman Web Majlis ini, maka ianya dapat menyalurkan secara terperinci pembangunan Daerah Lawas dan beberapa aktiviti dapat disampaikan ke pengetahuan umum secara tepat dan cepat sejajar dengan perkembangan teknologi maklumat, disamping mengutarakan pandangan awam mengenai sesuatu aktikel/perkara yang berhubung kait dengan pengurusan pihak Majlis.

Akhir kata selamat memasuki ke laman Web Majlis Daerah Lawas dan semoga dengan adanya laman web ini akan dapat sama-sama kita melahirkan pendapat dan pandangan yang membina untuk memajukan Daerah Lawas pada amnya dan Negara khususnya.

Sekian terima kasih

 

Zulkifli B. Hj. Sahari
Setiausaha,
Majlis Daerah Lawas.