Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Kemaskini Pada: 18 Nov 2017
Versi 8.0.2c
OPERASI PEMUSNAHAN DAN PELUPUSAN ANJING LIAR
Tarikh : 30 Jun 2017
 

Selaras dengan keputusan dalam Mesyuarat Penuh Majlis Bil 4/2015 pada 17 Disember 2015, operasi penangkapan dan pelupusan anjing liar dikawasan awam akan diteruskan pada tahun 2017.  Kawasan operasi untuk 2017 diteruskan melibatkan kawasan Bandar Lawas, Pekan Trusan dan kawasan - kawasan sekolah.  Operasi dikawasan kediaman perumahan juga akan diteruskan seperti biasa.

Sehubungan dengan itu, pihak majlis ingin mengingatkan semua pihak untuk memastikan anjing peliharaan mereka diletakkan didalam kawasan rumah/premis masing - masing.  Kerja sama daripada pihak awam untuk menghalang daripada anjing peliharaan terbiar amatlah dialu-alukan.

Penangkapan dan pelupusan anjing akan dilaksanakan keatas mana - mana anjing yang berkeliaran dikawasan awam.