|
25 - 27 Mei 2012, Bandar Lawas akan meriah dengan bermacam aktiviti dilangsungkan. Regatta - pencarian Raja Batang Lawas, pameran - untuk peningkatan ilmu, aktiviti jualan - penambahan kerancakan ekonomi dan memperkenalkan produk tempatan antara aktiviti yang akan dilangsungkan. Disebelah malam, kerlipan lampu warna warni akan mewarnai Bandar Lawas. Bagi memastikan penglibatan semua pihak acara yang berkonsepkan rakyat diadakan. Persembahan kebudayaan akan memperkenalkan. budaya setempat yang wujud. Ini adalah sebahagian maksud tersirat dalam Pesta Lawas 2012.

Untuk anda yang berminat turut serta, penduduk Lawas berbesar hati dengan kehadiran anda. Hujung minggu pada akhir bulan Mei akan datang tidak lama lagi, lapangkan masa untuk hadir. Sebagai peringatan mesra dari kami...Bantu kami memelihara kebersihan Bandar Lawas sepanjang pesta berlangsung. Itu harapan kami dan sokongan pihak tuan.
|