Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Kemaskini Pada: 20 Jan 2018
Versi 8.0.3
Alamat :
Setiausaha
Majlis Daerah Lawas
Jalan By-pass Trusan,
98850 Lawas, Sarawak,
MalaysAlamat :Setiausaha
Setiausaha
Majlis Daerah Lawas
Jalan Trusan By-Pass,
98850 Lawas, Sarawak,
Malaysia.
Telefon : 
+6085-284001 atau 285420
Fax :       
+6085-285485
Email :    
mdlawas@sarawak.gov.my

talikhidmat.jpg

11 Jan 2018 - PERINGATAN PEMBAHARUAN LESEN

Dimaklumkan kepada semua pemegang lesen semasa Majlis Daerah Lawas bahawa tempoh akhir pembaharuan lesen untuk tahun 2018 ialah pada 11 Februari 2018.  Lesen yang dijelaskan selepas tarikh berkenaan akan dikenakan surcaj sebanyak 10% daripada nilai lesen setahun.

Sebagai makluman umum, sahlaku lesen majlis adalah sehingga pada 31 Disember setiap tahun semasa.  Tempoh pembaharuan lesen ialah 42 hari bermula dari 1 Januari tahun semasa. Bagi lesen Hiburan, pembaharuan tertakluk kepada keputusan Mesyuarat Penuh Majlis.

Borang Permohonan Pembaharuan Lesen boleh diperolehi di pejabat majlis pada waktu pejabat bagi pelesen premis majlis sahaja.

11 Jan 2018 - PROGRAM SAY NO TO STYROFOAM

Bermula pada 1 January 2018, pihak majlis telah mengenakan larangan penggunaan bekas pembungkus makanan dan minuman daripada bahan Styrofoam.  Pelaksanaan arahan ini dibuat secara berperingkat bermula daripada premis - premis majlis dan akan diperluaskan ke premis - premis bukan milik majlis.

Satu taklimat dan pelancaran telah dilaksanakan pada 12 Disember 2017 diperkarangan pejabat Majlis Daerah Lawas.  Seramai 80 orang pelesen dan wakil pelesen telah hadir dalam program berkenaan.  Bagi melancarkan pelaksanaan arahan diatas, pihak majlis telah memberi tempoh selama 3 bulan kepada semua pelesen untuk mengambil tindakan yang sewajarkan bagi menjayakan program berkenaan.

Program berkenaan telah dilancarkan oleh Cr. Richard Raut Rining selaku Pengerusi program berkenaan. Gimik pelancaran semua peserta yang hadir diminta untuk menandatangani banner sebagai sokongan.  Pihak pelesen juga diminta menggantung bunting yang disediakan di premis masing - masing sebagai tanda sokongan dan hebahan umum.

<<Januari, 2018>>
SMTWTFS
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031 


TAHUN BARU CINA
16 Feb 2018
Tiada Pengumuman pada masa ini

online visitor Pelawat Di Talian 34
total visitor Jumlah Pelawat 399,613